KOTA SAMARAHAN 18 Februari – “Menyahut seruan perjuangan” itulah slogan yang menjadi  suntingan semangat dalam diri setiap aktivisma mahasiswa muslim yang hadir ke program Daurah Sarawak siri ke-7 (DASAR 7) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Sarawak.

Mengulas ucapan YDP ISMA Sarawak  saudara Dr Mohd Khairol bin Jambli “ realiti hari ini adalah impian pada masa lampau, dan impian hari ini adalah realiti pada masa hadapan “. Beliau menegaskan bahawa, usaha dakwah yang dibuat selama ini adalah untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang menyeru umat Islam agar kembali kepada fitrah manusia yang sebenar dan beriman kepada Allah SWT dengan mengamalkan Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan seharian.

DASAR pada kali ini turut mengundang Ustaz Anuar bin Salleh yang merupakan Mantan YDP  ISMA cawangan Hulu Langat . Beliau turut mengetengahkan peranan penting institusi keluarga muslim dalam melahirkan sebuah generasi yang faham akan hakikat Islam yang sebenar. Ujar beliau “dalam membina sebuah kerajaan Islam, kita  memerlukan pembentukan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim dan akhirnya barulah sebuah kerajaan Islam yang agung seperti mana yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat”.

Saudara Mohd Misbahur Munir, juga salah seorang peserta ketika ditemuramah, beliau mengatakan bahawa  beliau amat berpuas hati dengan DASAR kali ini. Melalui pendedahan yang jelas sepanjang program, para peserta semakin faham akan jalan yang perlu diambil dalam menjalankan dan menjayakan usaha dakwah di Bumi Kenyalang ini. Di samping itu dalam membawa usaha dakwah ini, kita memerlukan pengorbanan yang tinggi dan semangat juang yang  tidak putus asa . Keterlibatan secara menyeluruh dalam medan dakwah memerlukan satu pasukan atau gerakan yang sanggup menghadapi cabaran, rintangan dan semangat juang yang tinggi bagi memastikan panji – panji dan kalimah ALLAH SWT tertegak di atas muka bumi.

Program ini telah diadakan selama 2 hari  1 malam bermula 18 – 19 Februari 2012 bertempat di Dewan Suarah, Kota Samarahan. Program kali ini juga disertai seramai hampir 100 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Sarawak.

Share

Tags

 

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 




 
*